Business Tuor Ke Pantai Timur

Huh! Bunyi macam bagus! Tapi tak apa itu adalah sekadar motivasi untuk diri sendiri. Motivasi itu amat perlu dan kadang-kadang kita terpaksa mengada-adakan secara paksa. Kalau tidak lesu lah sesuatu impian itu. Samalah juga dengan kaedah marketing melalui alam maya. Kepada sesiapa yang menggunakan laman web atau blog, kenalah terpaksa rajin-rajin dan ringankan jari-jemari untuk mematuk papan kekunci komputer ini.

Itu sekadar mukaddimah. Hahaha! tak taulah pulak panjang mana isi kandungan posting ini kali ini.

Ni saya dah berkira-kira nak drive to the east coast. Nampaknya kena redah hujan dan juga banjir di Negeri Terengganu. Ada 2 3 tujuan saja untuk saya ke East Coast ni. Pertama untuk pulang ke kampung melawat emak dan kaum keluarga yang lain. Yang keduanya ialan untuk memasang beberapa unut mesin penetas telor yang ditempah di sana. Dan yang ketiganya ialah untuk berjumpa dengan beberapa bakal pembeli (saya agak saja lah sebab dah selalu sangat bertanya...hehehehe...kira2 akan jadi la tuh)

Oh...yang ke empatnya nak jumpa geng-geng penternak yang selalu duk sms saya, namun tak juga kenal-kenal lagi. InsyaAllah, nanti bolehlah kita kenal sesama sendiri. Adalah beberapa orang nanti.

Hah! Itu saja posting kali ini.




0 comments:

Post a Comment