Perubahan Harga

Terdapat sedikit perubahan harga pada 2 item yang saya tawarkan pada ruangan iklan di bahagian "sidebar" iaitu:

  1. Harga Thermostat C.A.E.M diubah dari RM65.00 kepada RM70.00
  2. Harga Digital Thermometer diubah dari RM50.00 kepada RM60.00

Perubahan tersebut terpaksa saya lakukan dalam kadar yang segera kerana sebab-sebab yang tertentu. Perubahan ini bukanlah kerana saya inginkan keuntungan yang lebih akan tetapi disebabkan antara lainnya ialah kerana menghormati perniagaan kawan-kawan yang juga menjual benda yang sama.

Saya telah mendapat beberapa emel yang menyatakan hasrat mereka untuk saya mengubah sedikit harga tersebut kerana harga yang saya tawarkan agak jauh bezanya dari harga-harga yang mereka tawarkan di pasaran.

Dengan perubahan harga ini, saya amat mengharapkan kedua-dua belah pehak dapat menerimanya, baik bakal pembeli mahupun rakan-rakan perniagaan yang lain. Seterusnya saya memohon jutaan kemaafan seandainya tindakan saya ini dan yang sebelum ini sedikit sebanyak telah menjejaskan perasaan atau peluang mereka.

Semoga Allah memberikan kita ganjaran bisnes yang lebih besar lagi atas sifat kesabaran kita ini.

Wallahua'alam.





0 comments:

Post a Comment