Pelancaran Inkubator Model MI-203

Sekarang ini saya masih lagi berada di Pantai Timur, iaitu di Pasir Tumboh Kelantan. Telah beberapa hari di sini. Kedatangan di sini adalah atas beberapa alasan yang akan saya terangkan pada posting yang akan datang. Kira-kira, posting ini juga merupakan posting yang "back-dated" perihal inkubator model sederhana besar keluaran Niche Strategy Marketing, iaitu model MI-203.

Seperti yang pembaca sedia maklum, model ini adalah berkapasiti melebihi 700 biji untuk telor ayam kampung. dan sekitar 400 - 500 biji untuk telor ayam Belanda dan telor itik. Untuk telor puyuh, sudah tentu mencapai melebihi 1000 biji (anggarannya ialah sekitar 1500 biji bergantung kepada kaedah tray telor yang digunakan.

Inilah merupakan unit yang pertama dikeluarkan dan dibina dengan jayanya oleh syarikat kami. Sepatutnya, kami telah mengeluarkan 2 bulan lebih awal mengikut jadual asal, akan tetapi di atas kesibukan yang pelbagai, pengeluaran telah tertunda dan hasilnya, pada minggu lepas iatu tanggal 8/12/2008, inkubator MI-203 yang pertama telah berjaya dikeluarkan dan pelanggannya ialah kepuyaan Syarikat Jutafam, iaitu syarikat milik Saudara Suhaimi Embong yang berada di Kuala Terngganu. Kalau mengikut persetujuan awal, En Suhaimi telah menempah pada dua bulan yang lepas lagi, namun saya cukup bersyukur, disebabkan masalah waktu yang dihadapi oleh En. Suhaimi dicampur pula dengan masalah kesuntukan masa, maka tertangguhlah sehinggalah beberapa hari yang lepas.

Sehingga sekarang ini, Encik Suhaimi atau Jutafarm telah memiliki 2 buah inkubator model MI-103, 1 buah inkubator model MI-203 dan sebuah mesin penetas model MH-104. MH-104 merupakan sebuah mesin penetas semata-mata atau "hatcher" kalau dalam bahasa Inggerisnya. Tujuannya ialah untuk memindahkan telor dari mana-mana model inkubator, 3 hari sebelum proses penetasan berlaku, tidak kira apa telor sekali pun. Hatcher ini atau MH-104 tidak perlu dipusing-pusingkan traynya kerana ianya tidak mempunyai apa-apa tray yang boleh berpusing kecualilah slider untuk memuatkan tray-tray telor yang direka khusus untuk penetasan.

Untuk pengetahuan, jika menggunakan kaedah "egg truning", memusingkan telor diperingkat akhir pusingan pengeraman adalah ditegah untuk memberikan kadar penetasan yang maksima. Telor-telor hanya diletakkan di dalam bekas khusus yang mempunyai aliran suhu dan kelembapan yang hampir serupa sewaktu telor-telor melalui proses pengeraman. Yang membezakannya ialah telor berada di dalam keadaan statik tanpa perlu digerak-gerakan sehinggalah anak-anak unggas berjaya menetas.

MH-104 juga direka khusus dengan traynya yang tersendiri bagi memastikan anak-anak tetas selesa berada di dalam mesin tetasan sehingga 3 hari sesuai dengan keadaan semulajadi penetasan. Oleh kerana MH-104 mempunyai empat tingkat untuk menampung tray telor, maka ianya direka khusus dengan mengambil-kira faktor keselamatan anak-anak ayam supaya anak-anak tetasan masih boleh bebas bergerak, namun ianya memberi jaminan bahawa anak-anak tetasan tidak akan jatuh ke bahagian bawah (Sekiranya jatuh, kemungkinan besar anak-anak ayam ini boleh mati ataupun cedera parah).

Oleh kerana En Suhaimi merupakan antara pembeli yang sangat membantu Niche Strategy dalam mempromosikan produk keluaran kami, maka kami hanya menghadiahkan mesin penetas model MH-104 ini percuma, memandangkan memang Jutafarm memerlukan mesin pengeram setelah hampir keseluruhan inkubatornya penuh dengan telor pada setiap masa. Untuk pengetahuan juga, Jutafaram merupakan penternak Ayam Belanda yang aktif di Terengganu dengan memmpunyai reban sistem "flock" yang amat baik.

Semoga En Suhaimi atau Jutafarm dapat menjalankan urusan penternakan mereka dengan lebih jaya lagi setelah memiliki inkubator yang mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding suasana dua atau 3 bulan dahulu.

1 comments:

Post a Comment