Mengapa Perlukan "Eggs-Candling"?
Bertemu kembali pembaca sekelian.
Baru saja saya dihujani denga pertanyaan, kenapa selepas 21 hari, telor ayam kampung mereka tidak menetas! Inilah delima kebanyakan penternak-penternak khususnya yang baru saja menceburkan diri baru berjinak-jinak dengan penetasan telor ayam. Namun mereka ini bukanlah yang pernah membeli inkubatior dari saya dan saya pun agak terlupa nak tanya, jenis apakah inkubator yang mereka gunakan. Bukannya apa, sekiranya dapat kita tahu, ini akan memudahkan kita membuat perbandingan. Tambah-tambah lagi kalau jenis keluaran Niche Strategy Marketing, maka bolehlah saya melakukan sesuatu.

Saya tanpa rasa segan terus sahaja menyuruh si dia mengetuk telor itu sehingga pecah untuk memastikan, apakah yang ada di dalam telor itu. Seperti dijangka, telor itu adalah telor tembelang. Kesian si dia, Tak puas daripada itu, saya menyuruh sidia memecahkan beberapa lagi biji telor dan keputusannya adalah sama. Semua tidak ada benih. Jadi, bermula lah temu bual saya dengan penternak itu di dalam telefon. Antaranya ialah pertanyaan saya berkaitan:
- Dari manakah sumber telor yang telah diramkan iru diperolehi
- Berapa lama kah telor itu dibiarkan sebelum memasuki mesin pengeram
- Kalau telor itu dari baka yang tersendiri, adakah pemakanan baka yang diberikan
- Macam mana kaedah pembakaan dilakukan
- Beberapa soalan lain yang saya sendiri dah lupa......dan yang terakhir,
- Adakah beliau pernah membuat "candling" pada setiap telor yang diramkan.
Eggs Candling!
- Eggs Candling itu adalah teramat perlu sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan tahap kecekapan penetasan yang tinggi. Ini bermakna, sekiranya kaedah eggs candling dilakukan dengan betul dan cermat, pada akhir penetasan nanti, anda akan mendapat keputusan yang cukup membanggakan.
- Kaedah "candling" yang betul ialah ianya mesti dilakukan pada hari 1/3 dari tempoh penetasan sesuatu telor itu diperlukan. Contohnya, untuk ayam kampung, candling dilakukan pada hari ke-7, puyuh hari ke-6, itik hari ke-10 dan pelbagai lagi
- Memang tidak salah untuk membuat candling dalam kekerapan yang tinggi, namun bagi saya itu adalah membazir waktu, kecuali lah ada sebab-sebab tertentu.
- Gunakanlah "lampu egg candling" yang betul dan berkualiti.
Kami di Niche Strategy Marketing mungkin dapat membantu anda untuk membuat kaedah 'candling" yang terbaik. Eggs Candling keluaran Brinsea ini merupakan antara keluaran yang terbaik dari segi mutu dan reka-bentuknya. Insyallah, dengan adanya bantuan "Egg Candling" ini proses penetasan anda tidak lagi menghadapi risiko "telor tembelang" walaupun anda masih lagi mempunyai telor tidak menetas kerana disebabkan kematian.
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan dengan Egg Candling DI SINI
0 comments:
Post a Comment